1.Pemansuhan Akta Undang-Undang Sivil 1956 yang menjadikan undang-undang Inggeris sebagai sumber dan ditukarkan kepada undang-undang Islam.
2. Memindah peruntukan dalam Perkara 3 Perlembagaan Malaysia dengan kata-kata, "Mana-mana undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam hendaklah terbatal dan dianggap tidak sah setakat mana ia bertentangan itu."
3. Mengadakan syarat di semua kanun dan akta bahawa jika tidak ada peruntukan dalam kanun atau akta itu,mahkamah hendaklah merujuk kepada undang-undang Islam.
Pada pendapat aku, sekiranya Undang-Undang Hudud benar mahu dilaksanakan di Malaysia, banyak peruntukan undang-undang yang perlu diubah.
Antaranya, bidang kuasa Mahkamah Syariah mungkin perlu diluaskan lagi berbanding keadaannya sekarang, di mana kuasa Mahkamah Syariah masih terhad kepada nilai denda tertinggi yang boleh dibicarakan hanyalah RM5,000, manakala bagi kes jenayah,turut termasuk sebat tidak melebihi 6 rotan dan 3 tahun penjara.
Kelayakan bagi penjawat jawatan Hakim Syarie harus diperketatkan.Bukan aku nak kata kelayakan sekarang ni terlalu longgar,tapi mungkin dari dasar perlaksanaan.Tambahan lagi, masalah yang berkaitan agama Islam yang bergelumang masyarakat pada zaman sekarang bukan hanya tertakluk kepada cerai nikah sahaja. Macam-macam timbul.Tu tak termasuk lagi setiap pihak beriya-iya mahu mempertahankan hak masing-masing tanpa memikirkan tentang orang lain, baik dari pihak badan-badan bukan kerajaan mahupun dari kapasiti individual.
Undang-undang Hudud pada dasarnya sememangnya telah dinyatakan di dalam Kitab Suci Al-Quran.Tetapi dari segi perlaksanaan undang-undang tersebut bukanlah mudah.Sekiranya timbul keraguan baik dari segi kredibiliti saksi, beban pembuktian, kebanyakan pendapat ulama' berpendapat hukuman seharusnya berada di bawah ta'zir.Jelas bagi menunjukkan bahawa perlaksanaan hukuman bagi kesalahan hudud bukanlah semudah yang disangka.
Aku tak berkesempatan untuk membaca rang Undang-Undang Hudud yang diusulkan oleh kerajaan negeri.Tapi aku cuma harapkan sekiranya benar mahu melaksanakan undang-undang hudud,perlu ada kesedaran menimbangtara semua aspek.Bukan sekadar untuk memperlihatkan bahawa sesebuah parti itu mengetengahkan imej Islam.
Islam itu adil kerana Islam itu cara hidup.
Selain daripada itu, Perkara 121(1A) yang menjelaskan, "mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah." Tetapi banyak lagi akta lain yang menghalang penguatkuasaan hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah seperti Guardianship Infants Act.
Kekangan lain adalah akan adanya perselisihan di mana apabila si tertuduh yang melakukan kesalahan Hudud adalah seorang lelaki Melayu Muslim dan seorang lelaki berbangsa lain bukan Muslim. Percayalah, melihat kepada keteguhan semangat individual mahupun NGO sekarang, pasti akan adanya perselisihan dan masing-masing akan mula mempertahakan suara sebagai 'hak asasi manusia'.Hakikatnya,negara kita didiami oleh penduduk berbilang kaum dan budaya.Harmonisasi itu perlu.Tetapi, bagaimana caranya,itulah yang patut diketengahkan.Mungkin rang Undang-undang hudud tersebut punya solusi.Wallahualam.
Aku bukanlah Muslim yang menentang perlaksanaan Hudud di Malaysia. Tetapi kadang-kadang aku lihat sesetengah pihak cuba mengetengahkan Hukum Allah tanpa punya sistem 'enforcement' yang efficient bagi menjamin keberkesanan undang-undang tersebut.Apa yang aku faham, undang-undang Islam ini bukanlah bertujuan menghukum semata-mata tetapi haruslah menjadi iktibar masyarakat setempat agar tidak mengulangi masyarakat yang sama.
Aku juga kurang senang dengan tulisan seorang social activist and academician ini, yang menulis bahawa sistem pentadbiran yang diamalkan di Malaysia sejak dari dulu telah mengetengahkan konsep Islam.Tidak aku nafikan,ya,sedikit sebanyak,tetapi Islam itu bukan hanya sekadar nama.Bagi aku, korupsi itu dikeji.Tetapi,bila difikirkan balik,bukan orang yang di atas sahaja yang melakukan korupsi,tetapi penjawat -penjawat jawatan rendah pun sentiasa perlukan 'duit kopi' untuk terus hidup di Malaysia yang semakin hari semakin tinggi nilai kos hidupnya.
Selain itu, aku turut kurang senang dengan pendapat yang mengatakan bahawa melihatkan negara-negara yang mengamalkan undang-undang Islam ini biasanya agak mundur dari segi ekonominya.Bagi aku,itu bukan salah undang-undang itu.Tetapi sekali lagi,cara perlaksanaan dan mentaliti masyarakat itu sendiri.Sistem ekonomi hanya akan meningkat produktivitinya sekiranya enjin dan sistem mesin itu bergerak seiring.Tak boleh la sekadar undang-undang gah hanya di tulisan.Siapa yang menggerakkan fungsi tulisan berdaftar itu?
aku bukanlah sesiapa ternama.tetapi sebagai warganegara sah yang memerhati.tak ada niat untuk aku mengaibkan sesiapa.tulisan aku adalah tulisan budak baru belajar.kalau salah,tolong tunjukkan.sama-sama kita belajar.
I'm moved with the verse that I read this morning.
ayat mudah.
Surah Al-Baqarah:1.
Sama-sama kita renungkan.
0 footstep(s):
Post a Comment